berita

Iqbal ‘Down’ Nad Zainal Sekat Instagram – ‘Saya Nak Berbaik Dengan Semua Orang’

August 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Iqbal Nad Zainal

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba usahawan dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli mendedahkan akaun Instagram (IG) miliknya turut disekat oleh pelakon, Nad Zainal.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Awak Di Alam Lain. Di Situ, Tiada Radar..’ – Sharifah Sakinah

Artikel Berkaitan: ‘Maaf, Siapa Ni? Pelakon Ke?’ – Nabila Huda ‘Mengusik’ Nad Zainal

Tak tahu punca

Iqbal Nad Zainal

Menerusi hantaran di IG Story, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli berkata dia berasa hairan dengan tindakan Nad kerana mereka tidak pernah bertegur sapa di sosial media sebelum ini.

Bagaimanapun, dia tetap memahami keadaan yang sedang dihadapi oleh pelakon itu.

Saya pun kurang pasti, mungkin dia serabut bila nama saya muncul dengan pelbagai kontroversi kan. Saya faham.

Tapi saya tidak pernah berjumpa atau menyebut di sosial media, sampai sekarang saya tidak tahu kenapa begitu.

Dalam pada itu, usahawan berusia 29 tahun ini turut memohon maaf seandainya dia ada melakukan sebarang kesalahan terhadap pelakon filem Kami Histeria tersebut.

Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya ‘down’ dan tertanya apa salah saya sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang.

Terdahulu, timbul spekulasi yang mengatakan Nad bermasam muka dengan beberapa rakan selebrtiti yang dahulu merupakan sahabat baiknya.

Namun Nad tampil menyatakan bahawa dia tidak mengambil serius berhubung isu berkenaan dengan tidak memfokuskan kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’.

Respon rakan artis antaranya Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Marsha Milan berhubung isu tersebut kemudian menjadi perhatian media serta bualan hangat warganet.

Sumber: IG Iqbal Zulkefli

SKIP THIS AD ×