Pelakon meningkat naik, Irfan Zaini tampil berkongsi foto kecederaan yang dialami peminatnya selepas diserang individu yang tidak dikenali.

Artikel Berkaitan: Peminat Irfan Zaini Dipukul Selepas Bergambar – ‘Malik Saya Punya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Irfan Zaini Tak Pernah Mimpi Watak Malik Dapat Sambutan Ramai – ‘Walau Sekejap, Tapi Ramai Yang Suka’

Irfan beri bukti

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Irfan atau nama lengkapnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini memuat naik foto yang memaparkan pergelangan tangan seorang wanita berdarah akibat kecederaan.

Ramai yang DM minta bukti tentang kejadian itu, dan inilah buktinya.

Hati saya berat untuk kongsi, tapi saya benar-benar berharap ini adalah kali terakhir perkara macam ini berlaku.

Perkongsian mangsa

Pada hantaran yang sama, mangsa memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada 27 April lalu selepas dia menyaksikan filem Blood Brothers: Bara Naga.

Saya kena serang dekat tandas awam selepas saja habis saksikan Blood Brothers dekat salah satu pusat beli belah di Kuching.

Pelaku seorang perempuan, saya pun tak kenal siapa dia. Tiba-tiba datang terus gores tangan saya kemudian dia cakap, ‘Malik aku punya’.

Crush betul dia dengan Malik. Sekarang saya dalam rawatan.

Kesal dengan insiden tersebut, aktor berusia 30 tahun itu menasihati peminatnya supaya sentiasa menjaga keselamatan diri mereka.

Tolong jaga diri awak semua. Kepada mangsa, saya doakan awak semakin puluh dan kuat.

Terdahulu, Irfan mendedahkan seorang wanita cedera dipukul peminat fanatik gara-gara mengambil gambar bersamanya semasa dia berkunjung ke Kuching, Sarawak.

Sumber: IG Irfan Zaini