Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai insiden pergaduhan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang yang membabitkan beberapa orang Youtuber. Isu terbabit juga sekaligus telah mengundang pelbagai kecaman orang ramai.
Artikel Berkaitan: Mangsa Cedera Di Kening, Badan Calar. Polis Cari Geng Youtuber Bergaduh Di Court Futsal
Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Main Futsal, Youtuber Bawa Geng Belasah Orang?
Terbaru, Isa Isarb menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik satu video menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku pada malam tersebut.
Isa Isarb jelas perkara sebenar
Menurut Isa Isarb, dia perlu membuka mulut dan menjelaskan kejadian sebenar memandangkan terlalu banyak spekulasi dan andaian yang tidak betul telah hangat diperkatakan oleh orang ramai. Jelas Isa, sebelum kejadian, dia berada di Mid Valley dan tiba-tiba salah seorang rakannya, Isarb Hafiz telah menghubunginya dan memaklumkan dia telah dipukul beramai-ramai oleh artis dan influencer.
Bila saya sampai dekat Ferro Futsal, memang datang dalam keadaan marah sebab kawan kena pukul. Lepas tu pukul depan ramai orang and artis lain yang pukul. Sampai-sampai je saya buat apa yang diorang buat. Diorang pukul, saya pukul balik.
Jelasnya lagi, walaupun begitu sehingga kini dia tidak pasti sama ada cerita yang diberitahu oleh Hafiz itu adalah sahih ataupun tidak. Hal ini kerana, apabila dia cuba menghubungi pihak satu lagi, mereka mendakwa Hafiz hanya dipukul oleh seorang lelaki dan bukannya dipukul beramai-ramai seperti yang didakwa.
Bila tanya side sana, ada yang cakap Hafiz ni kena pukul dengan seorang dan yang lain pegang dia je. And abang kepada budak tu datang pegang kolar dia macam tu. Ada yang lain pula cakap, Hafiz kena tumbuk dengan seorang je, bertubi-tubi kena tumbuk. And abang dia dah pukul adik dia yang tumbuk tu.
Bayar ganti rugi
Selepas pergaduhan tersebut, Isa memaklumkan telah menerima mesej daripada presiden kelab futsal terbabit dan dia memberitahu Isa sebenarnya tersalah pukul orang. Individu yang mereka pukul itu bukanlah orang yang memukul Hafiz. Mengetahui kejadian itu, kedua-dua belah pihak telah membuat laporan polis.
Namun, tidak lama selepas itu, Isa telah menerima panggilan daripada lelaki berkenaan (mangsa pukul) yang dikenali dengan nama Rahimie. Setelah berbincang, kedua-dua mereka telah menarik semula laporan polis dan mahu menyelesaikan secara baik. Malah, Isa juga telah meminta maaf atas tindakannya. Isa mengakui dia sangat terharu dengan Rahimie kerana sanggup menarik laporan polis semata-mata mahu menjaga imej dan nama baik Isarb Clan.
Saya cakap ada apa-apa yang saya boleh tolong atau apa tindakan yang bos nak. Aku (Rahimie) tarik report aku, cuma tadi aku ada pergi klinik dalam RM2,000 dan kalau okay boleh bayar ganti rugi dekat aku RM10,000. That would be very helpful.
Ada individu viralkan video
Namun tanpa berfikir panjang, mereka akhirnya jumpa kata sepakat dan akan membayar RM8,000 kepada Rahimie. Isa menjelaskan, dia telah membayar RM5,000 dan selebihnya akan dibayar pada bulan hadapan. Mereka menyangka semuanya sudah berakhir tetapi lain pula yang jadinya pada keesokan harinya apabila kisah dan video pergaduhan tersebut telah viral di Twitter sehingga mendapat pelbagai respon daripada netizen. Walaupun begitu, Isa mengakui tidak mengenali siapakah individu yang mula menviralkan kisah tersebut. Isa mengakui kes ini telah memberikan kesan kepada mereka.
Dalam kesempatan itu, Isa turut menafikan mengenai dakwaan yang mengatakan pihak mereka membawa kerambit semasa pergaduhan itu. Dia memaklumkan, mereka langsung tidak membawa sebarang senjata berbahaya. Bukan itu sahaja, ada juga spekulasi mengatakan mereka beramai-ramai telah memukul lelaki tersebut tetapi dakwaan itu sebenarnya salah.
Video penjelasan
View this post on Instagram
Sumber: Isa Isarb