berita

Isteri Daler Yusuf Dimasukkan Ke Wad Selepas Alami Pendarahan – ‘Bayi Baru 36 Minggu, Minta Doakan’

March 19th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Daler Yusuf

Pelakon, Daler Yusuf memaklumkan isterinya iaitu Sakinah Burukul yang kini sedang sarat hamil telah dimasukkan ke wad sebuah hospital pada pagi Isnin selepas mengalami pendarahan.

Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Dedah Sudah Kahwin 10 Tahun, Bakal Timang Anak Ketiga Tak Lama Lagi

Artikel Berkaitan: ‘Insya-Allah Father Of 5’ – Daler Yusuf Bikin Kejutan Lagi, Beri Bayangan Isteri Bakal Lahir Anak Kembar

Isteri alami pendarahan

Daler Yusuf

Menerusi perkongsian di Instagram, Daler atau nama lengkapnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, meminta orang ramai mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan tersebut.

Pagi Isnin isteri saya, Sakina ada berlaku pendarahan sikit dan perut dia sakit. Sekarang kami berada di hospital.

Bayi baru 36 minggu dan satu hari. Doktor sudah periksa. Minta doakan yang baik-baik untuk bayi kami di bulan yang mulia ini.

Menerusi perkongsian sama, Daler turut memuat naik foto dia menggenggam tangan isterinya yang sedang baring di atas katil wad hospital.

Dalam pada itu, ruangan balas dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada wargamaya buat pasangan itu.

Terdahulu, Daler mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu dengan Sakinah.

Sebelum ini, Daler mengumumkan isterinya sedang hamil cahaya mata keempat yang merupakan anak kembar. Pasangan itu juga sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×