Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula mendapat liputan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: BH Online