Di Indonesia, seorang isteri yang sarat mengandung tidak malu membantu suaminya yang mengalami masalah penglihatan untuk mencari rezeki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dia Tidak Kuat, Kita Pun Tak Kuat’ – Netizen Sebak Tengok Wanita Mengandung Gigih Bantu Suami Cari Rezeki
Mata kiri buta
Memetik laporan Tribun Jabar, seorang wanita yang dikenali sebagai Linda memilih untuk bekerja sebagai tukang cuci meskipun dirinya sedang sarat hamil. kerana mahu membantu suaminya menyara keluarga.
Dikatakan, suaminya iaitu Aipda Rully hilang penglihatan pada mata kirinya dan mengalami kesukaran untuk bekerja sebagai anggota polis selepas mendirikan rumah tangga.
Aipda menyatakan bahawa dia tetap akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota polis serta seorang suami meskipun mata kirinya buta.
Selama kaki saya masih boleh berjalan, badan saya sihat, mata saya masih boleh melihat walaupun sedikit, saya tidak peduli. Saya masih diberi kepercayaan, saya akan bekerja walau apa pun risikonya.
Tidak mahu suami berasa terbeban, si isteri sanggup bekerja demi membantu kewangan keluarga mereka berdua.
Saya tidak pernah berjanji menjadi isteri yang baik. Tetapi, janji saya adalah akan selalu mendampingi suami saya.
Sumber: Tribun Jabar