berita

[VIDEO] ‘Kalau Dia Tidak Kuat, Kita Pun Tak Kuat’ – Netizen Sebak Tengok Wanita Mengandung Gigih Bantu Suami Cari Rezeki

September 20th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Tular sebuah video yang memaparkan seorang isteri sedang sarat mengandung membantu suaminya berniaga roti canai pada waktu malam.

Artikel Berkaitan: Lepas Dakwa Diri Mengandung, Lucinta Luna Sedih Tunang Masuk Latihan

Untuk kelangsungan hidup

Ketika didatangi pempengaruh TikTok iaitu Bosmel, suaminya memberitahu bahawa mereka berniaga mencari rezeki sehingga jam 11.30 malam.

Menurut lelaki yang berusia 21 tahun itu, dia terpaksa membenarkan isterinya bekerja kerana mereka tidak menjumpai pekerja baharu.

Kadang-kadang saya buat dua syif. Pagi dan malam pun kerja. Pagi pukul 4 saya kerja di tempat lain. Sekarang tak tau pun apa itu penat.

Kalau dia tidak kuat, kita pun tak kuat la.

Walaupun masih muda, pasangan ini tetap bekerja keras mencari rezeki tanpa mengeluh untuk menampung kehidupan mereka yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji usaha pasangan itu mencari rezeki yang halal serta meluahkan rasa hiba melihat kesungguhan suaminya itu.

Komen netizen

Video

@bosmel

ibu mengandung tapi tetap kerja keras tolong suami ?

? original sound – Bosmel – Bosmel

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×