Sekadar gambar hiasan
Pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah satu kewajipan para suami. Tetapi tidak buat wanita ini apabila dia tidak menerima walau satu sen nafkah dari suami atas alasan gaji yang kecil walaupun telah 4 tahun mendirikan rumah tangga.
Hal ini membuatkan warganet mendoakan proses penceraian berjalan lancar.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Hanya Mampu Beri Nafkah Isteri RM10 Seminggu…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Habis RM300 Beli Barang Dapur, Suami Tengking & Maki Kata Isteri Boros
Dimaki akibat minta nafkah
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan hati seorang isteri di Facebook, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak pernah menerima nafkah dari suami semenjak sah bergelar suami isteri. Tambahnya, dia pernah cuba meminta nafkah dari suaminya itu namun dimaki.
Alasan yang sering diberi suami adalah kerana gaji yang tidak mencukupi. Berdasarkan apa yang diluahkan, suaminya hanya menerima RM2,000 termasuk kerja lebih masa setiap bulan.
Barang-barang dapur dan keperluan anak juga turut diabaikan. Dia (si suami) tidak membayar rumah sewa. Saya tinggal di rumah pakcik saya, ibarat seperti menumpang. Saya malu dan tiap-tiap bulan saya memohon maaf pada pakcik.
Tambahnya lagi, dia sering meminta duit dari keluarganya untuk membeli keperluan rumah dan anak. Dia menyatakan bahawa dia merasakan dirinya seperti seorang pengemis tetapi dia tiada cara lain.
Rentetan itu, si isteri sudah penat dengan hubungannya sekarang dan mengambil keputusan untuk menuntut fasakh. Dia juga memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusannya.
Keputusan tuntut fasakh, disokong warganet
Sumber: Facebook