Penampilan terbaru pelakon, Hannah Delisha semenjak tiga tahun lalu sering kali menerima doa-doa daripada warganet apabila dirinya mengambil keputusan untuk mula berhijab.
Walau bagaimanpun, Hannah akui bahawa untuk kekal istiqamah itu adalah satu perkara yang sukar.
Artikel Berkaitan: Pakai ‘Bengkung’ Dekat Luar, Fesyen Hannah Delisha Di KLFW2022 Ditegur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Lah Cantik, Solehah Pula’ – Suara Merdu Hannah Delisha Berselawat Bikin Netizen Terpukau!
Terkenang waktu belum berhijab
Menerusi laporan Harian Metro, Hannah, 27, tidak menghakimi mana-mana selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk kembali tidak berhijab.
Tambah Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, iman seseorang tidak menentu dan hal itu juga pernah terjadi kepada dirinya.
Bukan tempat saya nak menghakimi mana-mana artis yang membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung sebab kita hanya manusia biasa.
Lumrah manusia, iman turun dan naik di mana saya pun pernah mengalaminya.
Kalau di penggambaran luar, saya tengok orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, saya teringat sebelum saya mula berhijab. Rasa macam seronok sebab tak panas.
Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan.
‘Semoga istiqamah’
Dalam pada itu, sebelum mula berhijab, Hannah menyatakan bahawa dirinya kurang memahami dengan maksud ‘semoga istiqamah’ yang mana sering kali dilihat di komen artis wanita yang mula berhijab.
Namun hal itu terjawab apabila dirinya yang mula melaluinya sendiri.
Untuk kekal istiqamah memang mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan.
Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah.
Terdahulu, Hannah memuat naik videonya di Youtube sekitar tahun 2020 tentang keputusan yang diambil olehnya untuk mula bertudung dan mengharapkan kisah itu menjadi inspirasi kepada wanita Islam di luar sana.
Sumber: Harian Metro