berita

[VIDEO] ‘Dah Lah Cantik, Solehah Pula’ – Suara Merdu Hannah Delisha Berselawat Bikin Netizen Terpukau!

March 30th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, nama pelakon cantik iaitu Hannah Delisha masih lagi menjadi bualan netizen dan mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi Hannah juga mempunyai suara yang sangat merdu dan luar biasa.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sahaja Tidak Restu, Tapi Sang Ibu Tidak Tahu’ – Ibu Hannah Delisha

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Baju Eleena Sui, Netizen Dapat ‘Bukti’ Hannah Delisha Sebenarnya Nikah Tahun Lepas?

Baru-baru ini viral satu video memperlihatkan pelakon ini berselawat telah meraih perhatian pengguna media sosial.

Hannah selawat tarik perhatian

Video pendek itu memaparkan pelakon dan penyanyi jelita yang berasal dari Singapura ini dengan lengkap memakai telekung sambil berselawat Al-Fateh. Rakaman itu telah dikongsikan oleh suami Hannah Delisha iaitu Imam Shah. Meskipun rakaman tersebut hanyalah berdurasi 0:15 saat tetapi kebanyakan netizen terpukau mendengar alunan suara Hannah yang sangat merdu. Memang tenang je dengar suara Hannah. Dah lah cantik, suara pun merdu!

Imam memuatnaik video tersebut di laman Twitter tanpa menulis sebarang kapsyen dan hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna putih sahaja. Walaupun begitu, perkongsian video itu telah mendapat 303k tontonan dan 33.4k tanda suka sejak ia dimuatnaik pada 29 Mac lalu.

Merdunya suara

‘Menyanyi sedap, mengaji sedap’

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tersentuh mendengar alunan selawat daripada Hannah. Menurut mereka, Hannah bukan sahaja cantik dan berbakat dalam bidang lakonan serta nyanyian, malah pandai juga mengaji. Tidak kurang juga ada yang memuji suara merdu pelakon dari Singapura ini.

Sumber: Imam Shah

SKIP THIS AD ×