Pelakon, Sharifah Rose mengakui bahawa dia masih tahu menjaga batas dalam membawa lakonan yang memerlukan dia untuk bersentuhan dengan pasangan yang digandingkan.
Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Matang & Kacak, Ini 9 Ciri Lelaki Idaman Sharifah Rose!
Artikel Berkaitan: Netizen Ungkit Kontroversi Di Phuket, Sharifah Rose Tak Selesa Cerita Lama Dikorek
Tanggungjawab sebagai pelakon
Menerusi laporan Gempak, Rose bersetuju bahawa babak yang memerlukan untuk bersentuhan adalah isu yang sensitif dan menjadi kesalahan terutama untuk pelakon yang bertudung. Walau bagaimanapun, Rose menyatakan bahawa sebagai seorang pelakon, itu adalah tanggungjawabnya untuk melaksanakan tugasan yang diberi jika ianya tidak dapat dielakkan.
Tapi kalau macam babak saya pengsan dan dia (pelakon lelaki) perlu angkat atau tolong saya, itu saya tak dapat elak.
Itu adalah tanggungjawab seorang pelakon. Bukan nak cakap saya tak kisah, tapi saya masih tahu batas.
Jelas Rose lagi, walaupun masih dalam proses memperbaiki diri menjadi pelakon yang lebih baik namun dia tetap dengan pendirian berkenaan isu bersentuhan.
Terdahulu, satu babak lakonan Rose menjadi bualan hangat apabila pelakon 24 tahun itu menjayakan babak berpegangan tangan dengan artis lelaki yang menjadi pasangannya di dalam sebuah drama.
Sumber: Gempak