berita

[VIDEO] ‘Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas…’ – Pusat Kuarantin MAEPS ‘Sesak’ Dengan Pesakit Covid-19

January 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pada masa yang sama, beliau juga mencadangkan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar dilaksanakan untuk  mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan. 

Artikel Berkaitan: Kes Positif Covid-19 Naik Mendadak, PKP Bersasar Bakal Dilaksanakan?

Terbaru, tular beberapa video dikongsi netizen. Video tersebut menunjukkan keadaan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang sesak dengan pesakit Covid-19. 

Keadaan sesak

Menerusi video yang berdurasi kurang 50 saat itu menujukkan para pesakit Covid-19 sedang ‘berhimpit-himpit’ ketika beratur seolah-olah menunggu giliran. Tambahan pula, dalam video tersebut jelas kelihatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko (PKRC) di MAEPS itu, sudah padat dengan pesakit.

Jelas Dr Noor Hisham, menerusi laporan Harian Metro,  kemampuan hospital dan PKRC adalah terhad, dan kini hampir mencecah kapasiti yang ada.

Ketika ini kes aktif mencecah 22,089 manakala kapasiti untuk rawatan pesakit adalah 23,000. Mereka perlu ditempatkan di PKRC dan kemudahan itu sudah penuh ketika ini. Kita masih melihat dan memberi keutamaan terhadap kes tidak ada tempat sesuai untuk mereka dikuarantin, seperti pekerja asing yang kita tempatkan di PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Patuh SOP

Sumber: Harian Metro Paedrazip

SKIP THIS AD ×