Polis Melaka memaklumkan telah menerima 14 laporan berhubung isu seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja susulan tindakanya mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Michael Ang Respon Isu Melayu Pemalas – ‘Dia Ada Cakap Bergurau ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Makcik Kemboja Sedih – ‘Patik Bangga Menjadi Rakyat Negeri Johor, Nak Bantu Lebih Ramai Orang Lagi’
14 laporan polis
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas tular sepotong video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik wanita terbabit yang mengatakan ‘Melayu malas’.
Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, Makcik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah bertalu-talu menerima kecaman netizen selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sumber: Sinar Harian