Isu sensasi membabitkan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mendapat perhatian orang ramai termasuk pekerja pasangan ini sendiri.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Bengang Dituduh Potong Gaji Pekerja, Netizen Asak Suruh Saman
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Hilang Sabar Kena Fitnah, Bagi Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf Sebelum Surat Saman Sampai
Dapat bonus setiap tahun
Menerusi posting di Instagram Stories, seorang wanita dikenali sebagai Deedieyana mendedahkan pengalamannya menjadi pekerja di bawah pengurusan Aeril dan Wawa. Dia mengakui sepanjang bekerja dengan syarikat berkenaan, mereka tidak pernah dipotong gaji malah turut diberikan bonus dan pelbagai faedah lain.
Dekat dua tahun kerja dengan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, setiap tahun mesti dapat bonus dan diberi lagi duit zakat. Bila habis lancarkan ‘big project’ mesti ada bonus, kalau dikira rasanya lebih dari duit gaji.
Bukan itu sahaja, Deedieyana juga mendedahkan majikannya itu tidak pernah lupa untuk memberikan duit raya bukan sahaja kepada dia, malah kepada anaknya juga dengan jumlah pemberian yang banyak. Dalam masa sama, pasangan usahawan ini sering belanja makan pekerjanya selain membawa para pekerja melancong ke luar negara.
Kemudian dapat duit raya lagi, anak Dee pun dapat duit raya juga. Bukan sikit ye, memang banyak.
Tak termasuk lagi belanja makan. Masa mula-mula masuk kerja dulu, selama seminggu tak keluarkan duit makan pun sebab bos belanja makan tengah hari. Sekarang, bos bawa lagi staf pergi jalan-jalan luar negara pula, yang itu tak sempat merasa.
Tangkap layar IG Stories
Sumber: Deedieyana