Sejak mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sering menjadi sorotan orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Edit’ Kapsyen Di Instagram, Isteri Haqiem Rusli Teruk Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan: Netizen Dah Tak Kecam Isteri Haqiem Rusli, Puji Penampilan Pakai Gaun Persis Cinderella
‘Baby bump?’
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Anis sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik beberapa foto dipercayai di atas kapal.
Jika sebelum ini isu pakaian seksi menjadi perdebatan, namun kali netizen tertarik untuk bercakap mengenai saiz perut Anis yang didakwa kelihatan sedikit berbeza.
Segelintir netizen yang singgah ke ruangan balas bertanyakan kepada Anis, adakah dia ketika ini sedang hamil kerana kelihatan seakan ‘baby bump’.
Pun begitu, ada juga segelintir yang bertanya jika perubahan saiz perutnya itu tiada kaitan dengan kehamilan.
Untuk info, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
Sumber: Instagram