Boleh dikatakan sekarang, ramai selebriti yang tidak berselindung dengan kisah cinta mereka. Bukan setakat disitu, ada juga beberapa orang selebriti lain yang bakal mendirikan rumah tangga dan ada juga yang sibuk bercinta sehingga lupa pada keluarga, kan?
Lain pula pada Alyah, timbul spekulasi baru mengatakan dia bakal berkahwin tak lama lagi apabila penyanyi ini memuatnaik sekeping gambar dia berdiri dihadapan sebuah rumah dalam akaun Instagram-nya. Dan umum tahu, Alyah sebelum ini dikatakan sedang bercinta dengan komposer terkenal iaitu Ramli MS.
Namun sehingga kini, kisah cinta mereka masih menjadi persoalan pada peminat kerana keduanya hanya berdiam diri mengenai isu ini.
Melalui laporan Berita Harian hari ini, Alyah menafikan dakwaan dia bakal berkahwin dengan Ramli MS dan menjelaskan, kebetulan ibunya yang mahu berpindah rumah.
“Saya sedar timbul spekulasi berdasarkan komen yang diberi berhubung gambar itu. Lokasi dalam gambar itu bukan rumah Ramli. Ia tidak ada kena mengena dengan isu saya berpindah rumah kerana mahu mendirikan rumah tangga.
“Kalau benar pun saya mahu berpindah, kenapa perlu ke rumah dia? Kebetulan, ibu saya di kampung juga mahu berpindah rumah, jelas Alyah atau sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan.”
Jika benar keduanya sedang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, tahniah ‘in advance’ lah ya!