Penyanyi, Ning Baizura baru-baru ini mendapat perhatian warganet dan mengundang pelbagai kecaman selepas tindakannya mengadakan persembahan yang difahamkan di sebuah kelab malam.
Artikel Berkaitan ‘Banyak Penyanyi Lain Sumbang Dik… BBNU Tak Faham’ – Ning Baizura
Artikel Berkaitan: Ramli MS Tak Setuju Video Nyanyian Sumbang Ning Baizura Dikongsi – ‘Tak Baik Pamer Keburukan Orang’
Bernyanyi di kelab malam
Menurut pemilik nama sebenar Ning Baizura Sheikh Hamzah ini berkata, baginya dia hanya bekerja dan menjayakan persembahan di tempat hiburan, bukanlah membuat persembahan di tempat ibadat.
Saya dah lama ‘makan garam’. Saya buat untuk showbiz. Tak payahlah nak sebut saya terlalu kebaratan. Itu tempat saya kerja, bukan masjid.
Nak cakap apa, cakaplah. Persembahan saya jayakan itu bukan pada bulan Ramadan pun.
Penyanyi berusia 47 tahun ini juga berkata dia tidak peduli dengan kritikan yang dilemparkan oleh warganet, malah dia akan tetap meneruskan kerjayanya.
Zaman saya dahulu, kalau ditegur orang jumpa depan-depan. Sekarang ini zaman media sosial, saya hanya pekakkan telinga dan teruskan perjalanan.
Tak tiada kuasa nak merapu nak marah netizen ke apa. Persembahan berlaku sebelum bulan Ramadan. Kalau dulu saya nangis buat sidang media. Sekarang ini, saya malas nak fikir sangat selagi tak kacau periuk nasi saya.
‘Blonde’ rambut ala Anita Sarawak
Dalam pada itu, penyanyi bersuara ‘soprano’ ini turut memberikan respon terhadap gaya rambut ‘blonde’ yang disamakan dengan penyanyi lagenda, Anita Sarawak.
Sama sebab ‘blonde’ ke? Mungkinlah sebab warna tapi muka tak sama. Terima kasih sebab samakan saya dengan seorang legenda. ?
Manusia ni kan suka cari persamaan. Tak boleh ke biarkan seseorang itu jadi diri sendiri. Terima kasih sebab pujian namun bakat saya lain kalau nak disamakan dengan Kak Nita. Saya sayang beliau.
Terdahulu, selain isu persembahan di pusat hiburan, fesyen rambut pendek ‘blonde’ dan pakaian seksi pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu turut menjadi bualan ramai sehingga dia dilabel terlalu mengikut ala barat.
Sumber: Kosmo