berita

Izara Aishah Ikut Cakap Teman Lelaki

September 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sejak berlakon dalam drama bersiri Vanilla Coklat di TV3, nama Izara Aishah sering mendapat perhatian pihak media dan juga peminat industri tempatan. Terbaru pelakon ini dikatakan telah dipilih menjadi duta untuk beberapa produk terkenal seperti Burger King, Secret Garden dan juga Cosry.

Sewaktu bertemu di majlis pelancaran rekaan terbaru jenama Cosry semalam, pihak OHBULAN! sempat menemubual Izara dan bertanyakan tentang perkembangan terbaru dirinya. Menurut pelakon kecil molek ini, sejak dua tahun menceburi bidang lakonan, rezekinya dalam bidang tersebut tidak pernah putus sehinggakan dia tiada masa untuk berehat dan memanjakan diri sendiri.

Meskipun begitu, Izara akui dia seronok berlakon dan mahu memajukan diri hingga ketahap yang boleh dibanggakan. Tambahan pula, pelakon ini tidak mahu menjadikan usia mudanya sebagai penghalang untuk dia bersikap lebih matang dan terus fokus kepada kerjaya lakonan.

Disamping itu, apabila dibangkitkan tentang persoalan teman lelaki, Izara hanya mampu tersenyum dan menyatakan kekasihnya hanyalah seorang ahli perniagaan. Disamping itu, pelakon ini turut akui keluarganya sangat rapat dengan kekasihnya dan mereka telah berkenalan sejak kecil.

“Keluarga Izara memang rapat dengan dia. Kami pun dah kawan sejak kecil lagi, jadi keluarga masing-masing tahu mengenai hubungan kami.” Ulas Izara berkaitan teman lelakinya.

Memandangkan Izara semakin sibuk berlakon, jadi timbul juga persoalan tidakkah teman lelakinya merasa kurang selesa dengan keadaan hubungan mereka. Pada masa yang sama, tidakkah teman lelakinya merasa cemburu melihat kemesraan Izara bersama lelaki lain di dalam sesuatu adegan lakonan. Dengan tersenyum Izara menjawab, semuanya berjalan dengan baik dan tiada isu kurang selesa timbul dalam perhubungan mereka.

“Sebenarnya teman lelaki Izara pun sibuk dengan kerja dia. Jadi, dia tak pernah bising pasal hal tersebut. Dia pun faham dengan kerjaya Izara, tetapi dia cuma pesan Izara kena tahulah batas-batas yang perlu dijaga sewaktu berlakon,” ujar duta Cosry ini.

Disamping  itu, apabila diajukan soalan bilakah agaknya Izara akan menamatkan zaman bujangnya bersama teman lelaki, memandangkan mereka telah lama berkenalan. Izara menjawab semuanya berserah kepada takdir dan jodoh yang ditentukan oleh yang Esa. Tambahan pula, usianya masih muda dan dia belum bersedia untuk berlahwin dalam masa terdeket.

“Kalau nak kahwin, Izara nak tunggu semua stabil dulu dan apa pun semua Izara serah pada jodoh. Izara pun muda lagi, baru 20 tahun. Belum bersedia nak kahwin,” ujar Izara sambil tergelak.

SKIP THIS AD ×