berita

Izara Aishah Titip Pesanan Kepada Sharifah Rose, Nafi Dengki Dengan Rezeki Instafamous

March 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Izara Aishah

Sebelum ini, pelakon cantik Izara Aishah dilihat mempersoalkan lambakan personaliti media sosial (Instafamous) yang menjadi pelakon di kaca televisyen. Tidak berakhir di situ, Rita Rudaini selaku pelakon senior, dalam industri turut memberikan respon berhubung isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Izara Aishah Pelik Kenapa Stesen TV Ambil Ramai Instafamous Jadi Pelakon

Artikel Berkaitan:Isu Instafamous Jadi Pelakon, Rita Rudaini Akui Drama Sekarang Jual Muka, Bukan Bakat

Terbaru, Izara sekali lagi memuat naik satu tweet yang ditujukan kepada seorang Instafamous yang dikenali sebagai Sharifah Rose.

Tolong angkat nama industri

Foto: Sharifah Rose

Menerusi perkongsian itu, Izara menjelaskan dirinya tidak dengki dengan rezeki orang lain namun pelakon baru perlu fokus dengan karakter dibawa ketika berlakon. Bukan hanya kecantikan semata-mata. Izara juga berpesan jangan letak ‘nilai’ yang terlalu rendah.

Terdahulu, Izara ‘pelik’ kenapa tweet dirinya sebelum ini dikaitkan dengan Sharifah Rose. Menurut Izara, Sharifah Rose telah menceburkan diri dalam bidang lakonan sebelum terkenal lagi. Jadi agak mustahil tweet berkenaan instafamous itu ditujukan kepadanya.

Respon Sharifah Rose?

Di Twitter, Sharifah Rosememuat naik satu tweet menempelak tindakan individu tertentu yang dikatakan merendahkan dirinya. Namun, sehingga kini tiada penjelasan lanjut yang diberikan oleh tuan empunya badan.

Sumber: Izara Aishah & Sharifah Rose

SKIP THIS AD ×