berita

Komen Foto Mesra, Izreen Azminda Anggap Nazrief Nazri Adik

January 6th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

izreen

Beberapa hari yang lalu kami ada kongsikan foto mesra Izreen Azminda dan pelakon baru Nazrief Nazri yang mendapat perhatian peminatnya. Dek kerana foto mesra tersebut, ramai yang mendakwa Izreen mempunyai hubungan istimewa dengan Nazrief.

Terbaru, bercakap kepada mStar, Izreen tampil menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Nazrief.

Foto Mesra Antara Adik & Kakak?

adik

Izreen yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Amar Baharin menyatakan bahawa gambar berkenaan tidak membawa sebarang maksud dan ia diambil sekadar suka-suka selain menganggap Nazrief sebagai adik. Kiranya adik dengan kakak je lah?

Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.

Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya

Mahu Fokus Kerjaya & Anak

hmmm

Selepas hubungan rumah tangga dengan Muhamad Riza berakhir pada Jun lalu, Izreen tidak berhasrat untuk mencari pengganti dalam masa terdekat kerana mahu fokus kepada kerjaya dan anak.

Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil dan biarlah saya fokus kepada kerjaya dan anak terlebih dahulu.

Tambahan pula pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan

Henti Beri Komen Berbaur Spekulasi

KOMEN Dalam pada itu, Izreen mengakui berasa rimas kerana sering menjadi tohmahan apabila dikaitkan dengan lelaki yang berlakon disampingnya atau pun menerusi foto yang dimuatnaik ke Instagram. Malah dia menyarankan agar pengikutnya di laman sosial berhenti memberi komen yang berbaur spekulasi.

Tapi tak boleh nak salahkan peminat juga sebab memang lumrah bergelar public figure akan ada mata yang memerhati. Harap peminat jangan komen yang bukan-bukan lagi lah sebab sebab Izreen hanya menganggap Nazrief ADIK!

SKIP THIS AD ×