berita

Jaafar Onn Muncul Dalam Video Klip Ugutan Bunuh

February 25th, 2015 | by Wan
Kini Trending

J3

Minggu lepas negara dikejutkan dengan sebuah video pengganas yang dikatakan mahu menyerang mahkamah ekoran tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran negara.

Artikel Berkaitan : Nora Danish Muncul Dalam Video Pengganas Mahu Letup Mahkamah

Terbaru sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) tampil dengan ancaman bunuh melalui sebuah video.

Jika sebelum ini foto Nora Danish dipaparkan sepanjang video tersebut, kali ini Jaafar Onn pula. Dah kenapa?

Kenapa Jaafar Onn?

JPAR

Kalau diperhatikan betul-betul memang jelas foto Jaafar Onn yang digunakan oleh pengganas ini. Kami syak mereka semua ini minat hiburan lah.

Kalau sebelum ini Nora Danish bertindak membuat laporan polis, kita tunggu reaksi daripada Jaafar Onn pula. Tapi kami masih lagi bingung dan tertanya-tanya, kenapa Jaafar Onn?

Harap Tindakan Sewajarnya Diambil

Kami pasti pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ancaman bunuh demikian. Kalau budak-budak ini nak bergurau sekali pun, bukan begini caranya.

Kami anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) mengumumkan akan membunuh Ketua Polis Negara, meletupkan keretanya. Dengan demikian itu kesemua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi. Fuck demokrasi.

5 Bintang Untuk Letupan Kereta

Apa-apa pun kami terhibur dan berikan pujian terhadap effect kereta meletup di dalam video tersebut. Nampak kesungguhan di situ. Haha

kete

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×