Menepati ramalan! Penyanyi Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara program realiti All Stars Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung dari dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Ke Ingat Kalau Dah Buat Beribu Persembahan?’ – Azharina Jawab Isu Menipu Tak Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’
Artikel Berkaitan: Nikki Palikat Sanggup Biarkan Lutut Lebam, Janji Puas Nyanyi Rock
Bawa pulang RM200,000
View this post on Instagram
Membawakan tiga tugasan merangkumi solo, duet dan ‘battle’, Jaclyn berjaya menumpaskan tujuh finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi.
Bagi lagu solo, Jaclyn telah menyampaikan lagu When You Believe nyanyian asal Mariah Carey dan Whitney Houstan.
Manakala bagi lagu duet, Jaclyn bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah selaku penyanyi undangan menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan.
Bagi segmen ‘battle’ pula, menyaksikan Jaclyn berentap dengan Liza Hanim, Siti Nordiana dan Tomok menerusi lagu Let’s Kill This Love nyanyian asal kumpulan Blackpink.
Pentas akhir All Stars Gegar Vaganza diadili barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta Ella sebagai juri undangan.
Program tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta diserikan dengan persembahan Hael Husaini.
Sumber: Instagram