Jenayah rogol saban hari semakin meningkat dalam negara kita. Suspek tidak memilih siapa mangsa, meskipun kanak-kanak dibawah umur juga boleh menjadi mangsa manusia bertopengkan binatang ini. Seorang gadis menceritakan kisah hitam jadi mangsa rogol kepada pakcik sendiri seawal usia 6 tahun.
Perkongsian ini tercetus apabila penyanyi Fynn Jamal memberikan pandangannya terhadap punca berpakaian wanita yang boleh ‘membuka’ nafsu lelaki.
Saya mangsa sexual grooming
Meskipun sudah 18 tahun peristiwa hitam itu berlaku tetapi masih segar dalam ingatan seorang gadis yang dikenali sebagai Minhalina ini. Dia tidak sangka pakciknya itu tergamak melakukan perkara itu terhadap anak buah sendiri pada usia seawal 6 tahun.
‘Jangan beritahu mama tau’
Peristiwa hitam itu berlaku sewaktu mangsa di tadika dan setiap hari suspek akan menjemputnya pulang ke rumah. Bermacam-macam alasan yang diberikan mangsa kepada guru untuk tidak mahu pulang ke rumah. Ketika itu suspek berusia 20 tahun dan mangsa berumur 6 tahun lagi. Pelbagai perkara yang disuruh mangsa lakukan.
Sakit di bahagian kemaluan
Perkara sebenar mula diketahui keluarga apabila mangsa mengadu kesakitan di bahagian kemaluan. Mereka segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Selepas perkara terbongkar, suspek hanya diberi ‘nasihat’ dan dihalau keluar dari rumah.
Sumber: Min