berita

Kisah Pakcik Jaja Aiskrim Biaya Pengajian PhD

December 19th, 2014 | by Wan
Kini Trending

aiskrim siap

Baru-baru ini tersebar satu foto di laman sosial tentang seorang pakcik yang menjual aiskrim bagi menampung pembelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Difahamkan pakcik tersebut berasal daripada Medan, Indonesia dan merupakan seorang lepasan sarjana usuluddin.

Untuk pengetahuan korang, pakcik ini sedang menyempurnakan pengajian di peringkat PhD di Universiti Malaya.

aiskrim

Kayuh Basikal Jual Aiskrim

Menurut kenyataan yang dipetik dari pemilik laman Facebook Aris Hazlan Ismail, setiap hari pakcik ini akan mengayuh basikal menjaja ais krim yang dibuat sendiri di sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Setakat hari ini, cerita tentang pakcik ini telah mendapat 332 perkongsian di Facebook.

Untuk pengetahuan korang, aiskrim pakcik ini ada nama tau, OSDA yang membawa maksud Orang Sabar Disayangi Allah. Kami di OHBULAN! mendoakan agar pakcik sentiasa murah rezeki dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD!

Umur Bukan Penghalang

Kegigihan yang ditunjukkan oleh pakcik ini rasanya patut dijadikan contoh oleh orang ramai terutama para remaja. Mana tidaknya pakcik ini dikatakan telah berumur 5o tahun dan masih lagi mempunyai azam yang kuat untuk belajar! So apa lagi alasan korang untuk taknak belajar?

5 Part Time Job Untuk Yang Tengah Belajar

Untuk korang yang masih lagi belajar tetapi setiap semester rasa macam tak cukup je duit pinjaman PTPTN atau Mara, nah kami sediakan beberapa jenis part time job yang sesuai untuk korang!

Jual Karpet Macam Mujibur

Menipu lah korang tak kenal Mujibur si penjual karpet berasal dari Bangladesh itu. Kalau korang gigih macam dia, tak mustahil poket korang pun takkan pernah kosong. Tak perlu lagi makan maggi cup setiap kali hujung semester.

jualkarpet

Jadi Model Tudung

Ramai sebenarnya student IPT yang buat kerja ini dan semestinya perempuanlah kan. Bijak ambil peluang, tak mustahil daripada part time job jadi full time modelling.

atita

Kerja Dekat Gedung Kain Jakel

Kalau korang perasan dekat Jakel tak pernah tak ada kerja kosong. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Ala sambil-sambil korang buat part time boleh belajar kenal kain. Nak kahwin nanti pun senang beli kain dapat diskaun staff! Haha

zizanjakel

Online Bisnes

Korang mungkin boleh cuba buat online bisnes. Maklumlah trend sekarang ramai yang gemar berbelanja dekat laman sosial macam Instagram dan Facebook. Tak payah risau tentang promotion, korang cuma pergi mana-mana akaun Instagram artis dan ‘visit my ig for details‘kalau tak kena maki dengan artis tu lah.

radiuss

Download Movie Dan Jual Kepada Rakan-Rakan

Kerja yang ini boleh dikatakan agak kejam sebenarnya tapi kalau dikira balik kos korang bayar bil unifi dan elektrik, memang patut ada kot bisnes macam ini. Kalau satu movie korang jual RM3, 10 movie dah RM30. Duit bro duit!

dwnlodfilem

SKIP THIS AD ×