Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha walaupun setiap daripada kita sudah ditentukan rezeki masing-masing sebelum dilahirkan lagi. Kita dituntut berusaha mencari rezeki halal untuk memastikan keberkatan dalam hidup.
Kegigihan seorang pemuda menjaja buah dalam hujan lebat seperti dikongsikan pengguna Facebook Pnut Syafinaz, mendapat perhatian netizen.
Jual buah untuk pemandu terperangkap jammed
Semalam, dalam kesesakan jalan raya, hujan lebat. Dibawah flyover di Jalan Tun Razak, ada seorang anak muda galas polistren putih tu, dan menjaja buah potong bawah tu untuk orang yang terperangkap dalam jem membeli buah.
Dia akan berjalan lebih kurang 20-30 meter dan akan berpatah balik berulang alik di bawah flyover tu sambail angkat tangan dan senyum kepada pemandu yang terperangkap dalam jem, termasuk saya, sebagai komunikasi untuk “bertanya” kalau kita ingin membeli.
Kebetulan saya berada di lane paling kanan dan betul tempat dia berulang alik menjual. Saya buka tingkap dan minta nak belikan betik. Sejumlah duit bertukar tangan, saya tak mahu bakinya, saya hargai usaha dia, jujur saya rasa sebak, betapa jujurnya dia mencari rezeki. Effort dia mencari rezeki tu saya kagumi. Dia bersungguh minta saya ambil lagi beberapa bekas buah-buah tu, saya tak mahu. Saya cakap ambillah, saya suka tengok awak menjual. Dia senyum dan ucap terima kasih. Umur masih muda, saya jangka sekitar 22-25 tahun.
Anak Melayu, mulanya saya ingat warga asing yang jual, sebab biasa situasi macam ni, kita nampak di Indonesia, tetapi dia bercakap bahasa Melayu (Malaysia). Tambah kagum saya, bukan mudah anak muda nak menjaja macam tu. Tak dapat nak berbual lama dengan dia, ye lah tengah jem pun kan hehe.
Doa murah rezeki
Saya doakan dia dimurahkan rezeki, dilapangkan segala urusan. Kalau ada peluang saya teringin nak berbual lebih dengan beliau.
Saya beli betik, elok manis betiknya, siap ada sepaket kecil serbuk asam boi.
Semoga adik murah rezeki. Betullah kata orang bumi Allah Taala ni luas, rajin dan tidak sahaja nak mencarinya, dan Allah janji, yang berusaha pasti ada ganjarannya..
Lepas saya beli, kereta dah gerak ke depan, saya terfikir “Allahhh ada duit sumbangan #UncangSedekah Awat aku tak bagi dia banyak sikit, pastu suruh dia pi bagi buah tu semua kat brader-brader motor yang berteduh bawah flyover tu” (dalam 100 meter dari tempat dia menjaja). Too late sebab sy dah semakin jauh meninggalkan dia di depan. Mak long nihhhhhhhb awat tak terpikiaq awai-awai?
Contoh Melayu rajin
Cuma terfikir, dalam ramai-ramai orang yang terperangkap dalam jem dan melihat adik ni ke hulur ke hilir menjaja, takde yang membeli walaupun berpeluang berbuat demikian. Kadang-kadang kita membeli bukan kerana kita nak sangat makan apa yang dijual, tetapi membeli sebagai penguat semangat dia menjual.
Motivasi utk dia berusaha mencari rezeki. Sebekas tu dia jual RM3, tak untung mana pun kalau dia bawa sebekas polistren tong putih tu, tak banyak pun dia boleh isi. Paling banyak pun mungkin dia dapat untung bersih RM10-30.. my dear fb friends and followers, kalau nampak situasi macam, please support.
Mereka tidak meminta sedekah, tetapi kita boleh bersedekah, peluang depan mata kotttt.. nak tak nak je kita rebut.. saya rasa budak macam ni, kalau dia senang dia tak buat kerja macam ni, mungkin kalau dia ada modal, lebih baik dia jual burger.
Kepada pemimpin, ada sahaja anak Melayu yang rajin, yang berusaha keras mencari nafkah. Mungkin kalian yang tak berjumpa, nah mak long bagi satu contoh. Tu la siapa suruh naik kereta polis iring laju-laju sampai semua orang kena ketepi, cermin gelap tinted, mana nak sempat nak tengok situasi macam ni sepanjang jalan kan..kannn kannnn..
Sumber: Pnut Syafinaz