Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini sedang hamil dua bulan dan bakal menimang cahaya mata ketujuh.
Artikel berkaitan: ‘Kepada Pak Cik Zaki Yamani, Awak Dah Buat Saya Kena Marah & Huru Hara Nama Saya Hari Ini’
Artikel berkaitan: Jamal Abdillah Ralat Tak Dapat ‘Perform’ AJL38
Bakal timang cahaya mata ketujuh
Memetik laporan Harian Metro, Jamal dan Zai Izzati dijangka melahirkan anak kelima mereka pada awal tahun depan.
Menurut Jamal, tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil di usia 65 tahun, namun dia bersyukur mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.
Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit.
Dalam pada itu, Jamal memberitahu isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk.
Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.
Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari.
Disebabkan alahan tersebut, Zai Izzati menghidapi tiroid dan mengalami sakit tekak.
Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang
Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan.
Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu.
Tambahnya, isterinya tidak lagi mengalami muntah-muntah serta tidak sakit di bahagian tiroid.
Nampak dah okey, alhamdulillah. Esok dia kena buat angiogram (masukkan tiub) untuk kenal pasti punca sebenar penyakitnya. Saya risau juga.
Apapun saya harapkan doa daripada peminat-peminat semua agar anak saya yang kelima ini sihat sampailah hari kelahiran.
Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Sumber: Harian Metro