Isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail terkenal dengan sikap penyayangnya yang sentiasa mempertahankan bekas menantu, Puteri Sarah Liyana walau apa saja situasi.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Awak Voice Note Saya, Jangan Marah’ – Puteri Sarah
Ibu kepada cucu-cucu
Terbaru, Patimah sekali lagi menegaskan kepada individu ‘berhati hitam’ untuk tidak mempertikaikan mengapa dia terlalu sayangkan Puteri Sarah.
Kata Patimah, aktres cantik itu merupakan ibu kepada dua cucu kesayangannya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Jangan ada yang cemburu betapa kami kisahkan menantu kami, Puteri Sarah kerana dia ibu kepada cucu-cucu kami.
Dalam pada itu, Patimah menyatakan dia memahami perit yang dirasai pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila rumah tangga yang dibina diganggu Ira Kazar.
Kami merasa apa yang dirasai apabila melalui kehidupan ditinggalkan dan membawa diri bersama anak-anak.
Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Kemudian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Selepas bercerai, Puteri Sarah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.
Sumber: TikTok