berita

‘Jangan Lupa Bawa Ibumu Pergi Follow Up’ – Amanat Terakhir Mangsa Korban Covid-19 Undang Sebak

March 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setakat hari ini, sudah 20 kes kematian sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung wabak Covid-19. Manakala, lebih daripada seribu orang turut dipercayai positif wabak berkenaan. Pelbagai kisah sedih dapat dibaca di media sosial terutamanya mengenai pesakit dan pengorbanan para pengamal perubatan yang sedang berkhidmat.

Menerusi Facebook Hana Hadzrami, doktor ini menceritakan satu situasi sebak mengenai seorang pesakit positif Covid-19 yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Jangan lupa bawa pergi follow up

Sekadar gambar hiasan

Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.“Which patient?”“Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?” “Please don’t tell me it’s him!” Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu. Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk call anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.

Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah; jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital. Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya. Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up.

Menurut Dr Hana, situasi sedih itu bermula apabila pesakit tersebut yang berada dalam keadaan lemah meminta kebenaran untuk menelefon anaknya bagi memesan agar mereka membawa isterinya melakukan pemeriksaan susulan selepas ini. Tambahnya, pesakit tersebut bakal dibawa masuk ke ICU pada masa itu. Selain meninggalkan pesanan membawa isterinya pergi menjalani pemeriksaan susulan, pesakit tersebut turut memberitahu maklumat peribadinya, akaun bank dan nombor kepada anak-anaknya.

Membayangkan maut bakal menjengah

Sekadar gambar hiasan

Penuh lelah dia berpesan antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah. Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan. Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri. Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata.

Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu. Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan. Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan? Semua pesakit yang kami jaga ada tempat istimewa dihati kami.

Pesakit tersebut berada dalam keadaan lemah selepas menelefon anaknya dan dia dibawa masuk ke ICU dengan segera. Tambah Dr Hana, mereka yang bertugas pada masa itu tidak dapat menahan sebak dan bergenang air mata memikirkan kasih sayang seorang suami terhadap isteri tercinta sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sumber: Hana Hadzrami

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×