berita

‘Jangan Percaya Secara Membuta Tuli’ – Dr Zakir Naik

August 16th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan kontroversi dari penceramah Dr Zakir Naik mendapat liputan luas dari rakyat Malaysia. Beberapa orang menteri turut memberi respon dan tampil menyokong gesaan supaya kerajaan menghantar Dr Zakir Naik pulang ke India.

Bagaimanapun, Dr Zakir Naik menerusi laporan Sinar Online mendakwa kenyataannya itu telah disalahtaksirkan dan meminta agar rakyat Malaysia menonton semula video ceramah tersebut untuk kepastian.

Pidato perdana Dr Zakir Naik

Penceramah itu menyarankan agar rakyat Malaysia menonton semula video penuh pidatonya itu daripada mempercayai rakaman pendek yang tersebar itu.

Permintaan saya kepada semua rakyat Malaysia dan media, tidak kira Islam atau bukan Islam supaya membuat pengesahan terhadap maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

Jangan mempercayai secara buta tuli terhadap setiap maklumat yang anda perolehi, termasuk ucapan saya tanpa mengesahkan kebenarannya.

Dengar sepenuhnya ucapan saya

Tambahnya, dia turut menasihati agar rakyat Malaysia tidak cepat melatah dan hanya menilai dari sebahagian rakaman video sahaja.

Kebanyakan syarahan saya ada di YouTube dan laman sosial. Saya sangat menghargai andai anda mendengar sepenuhnya ucapan atau program saya berbanding mendengar sebahagian kecil rakaman sebelum membuat sebarang keputusan.

Hampir semua orang bukan Islam yang menyaksikan kuliah lengkap saya, sama ada di India mahupun Malaysia atau di mana sahaja di dunia ini, menghormati dan menghargai kerja saya. Alhamdulillah.

Jika orang bukan Islam di Malaysia mendengar beberapa kuliah lengkap saya, jika tidak semua, saya juga pasti mereka juga akan menghargai kerja dan menyokong misi saya.

Sumber: Sinar

SKIP THIS AD ×