berita

Jangan Tahu Nak Untung Je! – Azwan Ali Mengamuk Dengan Agensi Urus Umrah

July 11th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

divaaa

Selepas dihimpit kontroversi melibatkan sebuah kedai makan terkenal di Malaysia, Azwan Ali telah berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah buat kali ke lapan.

Sepanjang berada di sana, Azwan Ali sempat berkongsi beberapa keping foto umrahnya di sana buat tatapan peminat tanah air.

Namun mungkin dek kerana berang dengan sebuah agensi menguruskan umrah yang dikatakan tidak mematuhi jadual, Azwan Ali lantas meluahkan rasa tidak puas hati di laman Instagram.

Jangan tahu nak untung je!

Screen Shot 2015-07-11 at 2.56.27 PMMenerusi foto yang dimuatnaik olehnya itu, Azwan Ali nyata tidak puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkenaan.

Azwan Ali mempertikai jadual perjalanan bas dari Madinah ke Mekah pada pukul 10 pagi dan mempersoal kenapa bukan selepas subuh.

Perubahan jadual perkara biasa

luahh

Bagaimanapun salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali tampil memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut dan mendakwa ianya memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar 10.00 pagi dari Madinah ke Mekah.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×