berita

‘Janganlah Jadi Batu Api’ – Kamal Adli Tegur Kawan Rapat Emma Maembong

October 18th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Sebelum ini, dilaporkan perhubungan antara pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong mulai goyah gara-gara kehadiran pihak ketiga. Gagal untuk mendapatkan sebarang komen daripada pihak Emma, Kamal kini tampil untuk menjelaskan persoalan mengenai status perhubungan mereka.

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, pelakon Duda Pujaan Dara itu telah meminta kenalan rapat Emma untuk tidak bersikap ‘batu api’ dalam soal perhubungan mereka sehinggakan mengeruhkan lagi keadaan.

“Janganlah jadi batu api”

Saya harap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengan Emma sudah selesai

Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi, tak perlu diperbesarkan lagi hal ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan.

Kamal ketika ditemui portal berita tersebut pada sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2017 semalam meluahkan bahawa dia tidak mahu lagi memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya ingin bertindak memperbaiki hubungannya bersama Emma.

Isu mengenai perhubungan mereka mulai mendapat perhatian netizen apabila Emma memilih untuk tidak menjawab persoalan mengenai status perhubungannya dengan perlakon Duda Pujaan Dara tersebut, sebaliknya mengajukan kembali soalan itu kepada Kamal dan gandingannya, Zahirah Macwilson.

Biasalah kalau dah berlakon sama tu, mesti ada je cerita kan. Semua dugaan dik. Mohon tabah!

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×