berita

Janji Beri Yang Terbaik, TMJ ‘Offer’ Nak Urus Skuad Harimau Malaya

June 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tunku Mahkota Johor (TMJ)

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi beberapa hantaran di Instastory meluahkan rasa ‘bimbang’ terhadap prestasi skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

TMJ tawar diri

Foto: Tunku Mahkota Johor (TMJ)

Susulan daripada itu, Baginda meminta ‘izin’ dan menawarkan dirinya untuk mengendali serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan memberi mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik. Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat.

Tawaran tersebut diberikan susulan kekalahan bertubi-tubi skuad kendalian Tan Cheng Heo dalam empat aksi antarabangsa yang dilalui setakat ini. Pada masa yang sama, Baginda turut menjelaskan akan melakukan perkara sama yang telah dipraktikkan di JDT sekiranya mendapat ‘mandat’ untuk menguruskan pasukan negara.

Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses atau pasukan. Dari media, wartawan, syarikat, dan juga pemain menggunakan media sosial.

Ketika ini menjalankan tugas negara bukan lagi misi atau tugas besar bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem mesti berubah.

Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita.

Instastory TMJ

Sumber: Tunku Mahkota Johor (TMJ)

SKIP THIS AD ×