Skuad Malaysia kategori U19 dibawah bimbingan Brad Maloney berjaya menumpaskan pasukan Thailand U19 dengan keputusan 1-0. Jaringan tunggal dari pemain muda Umar Hakeem ini telah membuahkan hasil mengalahkan pasukan dari Thailand sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan akhir AFC U19 2020 di Uzbekistan.
Individu, Safirul Abu Bakar kongsi detik perjuangan dan semangat juang yang dipamerkan pemain muda itu.
Bantu skuad Malaysia
Jaringan Umar Hakeem bantu skuad Malaysia tempah tiket beraksi di Kejohanan AFC B-19 tahun depan. Tahniah !!
Keputusan penuh: Malaysia 1-0 Thailand pic.twitter.com/oyousbHW4c
— VOCKET FC (@vocketfc) November 10, 2019
Kemenangan keatas Thailand dengan mata 1-0 membolehkan skuad Malaysia U19 memungut 12 mata penuh dari 4 perlawanan dan layak ke pusingan akhir tahun hadapan selaku juara kumpulan G.
Gol tunggal perlawanan itu disumbat Umar Hakeem pada minit ke 84 perlawanan selepas bola hantaran lintang pendek Luqman Hakim disambut oleh Azam Azmi dan seterusnya Umar Hakeem meletakkan bola ke dalam gol.
Umar Hakeem beri inspirasi
Malaysia Tigers naib juara Piala Supermokh
2017 breakout year untuk Umar Hakeem
Tewas tipis kepada pasukan Australia
Sumber: Safirul Abu Bakar