Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya selama dua penggal sahaja bersamaan dengan 10 tahun.
Menerusi laporan Berita Harian, keputusan itu adalah sebagai menghormati mandat yang diberikan rakyat untuk Pakatan Harapan melakukan perubahan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu.
Reformasi untuk rakyat
Selain itu, Perdana Menteri juga tidak boleh memegang dua portfolia berbeza dalam satu masa.
Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal. Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain.
Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk kita melakukan perubahan. Maka reformasi tadbir urus menjadi keutamaan
Untuk rekod Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan tersebut iaitu selama 22 tahun sejak 1981 hingga 2003 semasa bergelar Perdana Menteri ke-4.
Sumber: Berita Harian, The Malaysian Reserve