berita

Jejak, Kawal Perbelanjaan Online Guna HeyAlfred

May 19th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Memikirkan tentang segala komitmen yang perlu dijelaskan menjelang hujung bulan kadang kala amat memeningkan kepala. Ansuran bulanan kereta, sewa rumah, bayaran pinjaman pengajian, bil utiliti dan sebagainya antara komitmen wajib perlu diselesaikan.

Itu belum kira Netflix, Unifi, Astro, postpaid dan macam-macam lagi. Banyak bukan? Dek kerana terlalu banyak, kadang-kadang sampai terlupa dah bayar ke belum! Ternyata pengurusan perbelanjaan bukanlah satu benda yang mudah.

Jangan risau, gunalah HeyAlfred.

Jejak secara automatik

HeyAlfred adalah aplikasi mudah alih percuma berasaskan AI, yang membolehkan pengguna mengawal kewangan mereka dengan menjejaki perbelanjaan bersama akaun-akaun bank mereka yang berlainan. Pada masa ini, HeyAlfred dapat diselaraskan dengan 3 bank tempatan iaitu Maybank, RHB dan CIMB.

HeyAlfred juga dapat menjejaki portfolio pelaburan seperti unit amanah, akaun perdagangan dan dompet cryptocurrency. Dengan membaca data transaksi secara langsung dari perbankan internet anda, program AI ini menganalisis tabiat berbelanja dan memberi tip-tip berdasarkan data melalui pembantu chatbot. Pada masa ini ia mempunyai lebih daripada 5,000 pengguna, dengan 88% berusia di bawah 35 tahun.

Bantu kawal perbelanjaan

Chatbot ‘Alfie’ dapat menjawab soalan seperti baki bank semasa pelanggan dan jumlah perbelanjaan dalam sebulan terakhir, dan jika sebarang peningkatan perbelanjaan dikesan pada akaun pelanggan, HeyAlfred akan mengirim peringatan agar tentang ‘budget’ yang telah ditetapkan.

Dengan kemampuan untuk mengesan dan meramalkan perubahan corak perbelanjaan begitu juga tingkah laku pengguna, teknologi AI HeyAlfred memberi peluang untuk memanfaatkan wawasan yang bermakna dalam kumpulan data yang besar. Menggunakan keselamatan sistem berperingkat bank dan beroperasi dalam perkhidmatan baca sahaja, HeyAlfred tidak mempunyai akses untuk melakukan transaksi atau perubahan pada mana-mana akaun.

SKIP THIS AD ×