berita

‘Jejas Industri Filem Tempatan’ – Ellie Suriati Gesa Kerajaan Kenakan Lesen Buat Pemilik Saluran Youtube

August 7th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 termasuklah mengenakan lesen kepada pengguna Youtube bagi mengeluarkan kandungan kreatif mereka.

Artikel berkaitan: Selebriti Media Sosial, Netizen Kurang Setuju Arahan Wajib Mohon Lesen Penggambaran FINAS

Presiden Gabung Anak Seni itu juga berkata penambahbaikan itu perlulah disegerakan kerana pemilik saluran Youtube berjaya menjana pendapatan yang lumayan hasil daripada kandungan yang dimuat naik mereka menggunakan platform tersebut.

Lindung hak industri

Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

Menurut laporan Malaysiakini, Ellie yang ditemui ketika sidang media diskusi Gabung Anak Seni berkata akta tersebut harus dirombak demi menjaga hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air selain ianya selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Baginya, ada dalam kalangan pemilik saluran Youtube ini akan mengambil kesempatan jika tidak diberikan lesen dengan mengaut keuntungan peribadi dan menjadikan medium itu sebagai satu tempat untuk mengkritik seperti menggunakan wajah seseorang berucap dalam satu perhimpunan tanpa kebenaran lalu memuat naik pada saluran tertentu.

Bukan untuk Facebook dan Tiktok

Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut. Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika saranan tersebut mendapat kritikan kerana pihak mereka mempunyai alasan tersendiri malahan tidak tahan melihat penggiat seni menjadi mangsa keadaan. Ini kerana ada daripada sesetengah pemilik saluran Youtube menggunakan medium tersebut untuk mengkritik filem tempatan sehingga boleh menjejaskan kutipan tayangan.

Walaubagaimanapun, saranan tesebut bukanlah untuk dikuatkuasakan terhadap pengguna laman Facebook dan TikTok kerana mereka dianggap antara pengguna home video.

Gabung Anak Seni yang dinaungi pelbagai lapisan karyawan itu juga akan menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut kepada badan-badan kerajaan dalam masa terdekat dan akan diserahkan kepada SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Sumber : Malaysiakini

SKIP THIS AD ×