Menerusi Facebook Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar mengumumkan agar seluruh penduduk di kawasan Alor Setar menjalani saringan Covid-19 dengan segera. Terdapat tiga buah masjid di Kota Setar termasuk Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah dalam perhatian.
3 buah masjid di Kota Setar
Mana-mana jemaah yang pernah menghadirkan diri ke tiga buah masjid ini termasuk Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah diminta untuk segera menghubungi nombor 019-4053711. Saringan Covid-19 perlu dibuat kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat pada tarikh 28 Ogos 2020 hingga 4 September 2020.
Jemaah berkenaan perlu hadir saringan di perkarangan wad prikiatrik lama di Hospital Alor Setar pada 13 September 2020 ini, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Kerjasama dari anda amatlah diharapkan bagi sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 ini.