berita

Jennie Blackpink Tubuh Syarikat Untuk Urus Perjalanan Karier Solo, Netizen Tanya – ‘Ada Kerja Kosong Tak?’

December 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Jannie Blackpink

Ahli anggota ‘girl band’ terkenal iaitu Jennie Blackpink memaklumkan sudah menubuhkan syarikat miliknya sendiri bagi menguruskan perjalanan karier seninya secara solo.

Artikel Berkaitan: #OhBulanTutupChapter23: Konsert Blackpink, AR Rahman & Coldplay Antara Paling Mega Tahun Ini!

Artikel Berkaitan: Jennie Blackpink, V BTS Putus Cinta?

Tubuh syarikat sendiri

Jannie Blackpink

Berkongsi berita gembira itu di Instagram Story, Jennie atau nama lengkapnya Jennie Kim berkata dia menamakan syarikat tersebut sebagai OA.

Dalam masa sama, dia meminta jasa baik peminat mendoakan dan memberi sokongan kepadanya.

Tahun ini telah dipenuhi dengan banyak pencapaian dan saya amat berterima kasih atas semua sokongan dan cinta yang diberikan.

Saya juga teruja tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang semasa saya memulakan perjalanan solo di tahun 2024 dengan syarikat yang saya stubuhkan iaitu OA.

Minta jasa baik untuk memberikan sokongan untuk permulaan baru saya dengan OA dan tentunya, Blackpink.

Dalam hantaran sama, Jennie turut meletakkan nama atau ‘mention’ akaun rasmi Instagram syarikatnya.

Sehingga artikel ini ditulis akaun OA sudah memiliki seramai 466,000 pengikut.

Sementara, rata-rata peminat yang meninggalkan komen dalam media sosial berseloroh mengatakan mereka mahu mencuba nasib untuk meminta kerja di syarikat terbabit.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×