berita

#OhBulanTutupChapter23: Konsert Blackpink, AR Rahman & Coldplay Antara Paling Mega Tahun Ini!

December 20th, 2023 | by Shahrin
OB Eksklusif

Konsert Antarabangsa

Saban bulan bahkan setiap minggu pasti ada penganjuran konsert baik melibatkan penyanyi tempatan mahupun antarabangsa.

Konsert antarabangsa

Konsert Antarabangsa

Sambutan yang diberikan peminat juga bukan ‘kaleng-kaleng’ kerana setiap penjualan tiket pasti habis dengan pantas

Melihat kepada penganjuran konsert artis antarabangsa secara tidak langsung ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh itu, jom semak senarai konsert artis antarabangsa pilihan OhBulan! untuk tahun 2023!

#1: Blackpink Born Pink World Tour

Blackpink

Fenomena Blackpink di seluruh dunia tidak perlu disangkalkan lagi apabila terbukti jelas Blackpink Born Pink World Tour Kuala Lumpur dihadiri 60,000 penonton.

Konsert tersebut telah berlangsung dengan meriah di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 Mac 2023.

Apa yang menariknya, konsert berkenaan turut dihadiri kerabat diraja iaitu Tengku, Puteri Afzan, Menteri Belia dan Sukan, YB Hanna Yeoh dan beberapa selebriti tempatan.

Untuk rekod, ini merupakan konsert kedua Blackpink di Malaysia selepas kali pertama dianjurkan pada 2019 menerusi konsert Blackpink World Tour: In Your Area.

Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Pas Minta Kerajaan ‘Kawal’ Konsert Dari Luar Seperti Blackpink

#2: AR Rahman ‘Secret of Success’ Live in Malaysia 2023

AR Rahman

Bagai mimpi jadi realiti apabila komposer muzik yang pernah memenangi anugerah Oscar, AR Rahman mengadakan konsert di Malaysia.

AR Rahman meraikan 30 tahun perjalanan seni muziknya di Malaysia, dalam konsert mega penuh meriah lagi menghiburkan di hadapan kira-kira 60,000 penontoh di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Januari 2023.

Menariknya konsert tersebut, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut melakukan persembahan dengan menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Munbe Vaa’ Versi Siti Nurhaliza Dapat ‘Standing Ovation’ 60,000 Penonton Konsert A.R Rahman

#3: Westlife: The Wild Dreams Tour In Malaysia

Westlife

Keterujaan pastinya membuak-buak dalam hati peminat boy band terkenal dunia iaitu Westlife ketika konsert mereka berlangsung Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 Februari lalu.

Meskipun ketika ini fenomena K-Pop mendominasi dunia muzik, namun penangan Westlife yang popular sejak akhir 1990-an, usah diperkecilkan dan terbukti jelas dengan kehadiran 8,000 penonton.

Artikel Berkaitan: Konsert Westlife The Wild Dreams Tour Dah Hampir Tiba, Kali Ini Sampai Dua Hari Tau!

#4: Coldplay Music Of Sphere World Tour

Coldplay

Boleh dikatakan konsert Coldplay Music Of Sphere telah mencetuskan pelbagai kontroversi apabila terdapat segelintir pihak yang menggesa membatalkan konsert tersebut.

Bagaimanapun, dengan kerjasama pihak kerajaan dan garis panduan yang dikeluarkan pihak penganjur, konsert Coldplay berjaya berlangsung dengan meriah.

Malah, konsert yang berlangsung pada 22 November itu berjaya mencatat rekod kehadiran penonton paling ramai iaitu seramai 75,000 penonton.

Artikel Berkaitan: Coldplay Pecahkan Rekod 19 Tahun Dipegang Siti Nurhaliza, 75,000 ‘Lautan Manusia’ Hadir Ke SNBJ

#5. Muse: Will Of The People World Tour 2023

Muse

Malaysia bertuah kerana menjadi satu-satunya negara Asia yang terpilih untuk penganjuran konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023.

Konsert band dari British itu telah berlangsung meriah dengan kehadiran seramai 50,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 29 Julai 2023.

Artikel Berkaitan: Konsert Muse: Will Of The People World Tour Pilih Lokasi Baru Di Stadium Nasional Bukit Jalil

SKIP THIS AD ×