Pelakon Jennifer Aniston mendedahkan bahawa dia pernah melakukan rawatan muka dengan menggunakan sperma salmon.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Penyanyi Ke Nak Jadi Pengemis?’ – Nadeera Sedih Dicemuh Netizen
Disyorkan oleh dokter
Memetik laporan Independent, pelakon yang berusia 54 tahun itu berkongsi pengalamannya menggunakan sperma salmon untuk kekal awet muda selepas mendapat saranan daripada pakar estetik.
Ujar Aniston lagi, walaupun pada awalnya dia tidak tahu mengenai rawatan tersebut, namun dia memilih untuk mencuba sekali seumur hidup.
Selepas melakukan rawatan tersebut, bintang ‘Friends’ itu tidak merasakan perbezaan di wajahnya meskipun hasil kajian Perpustakaan Perubatan Negara mengatakan bahawa cecair sperma daripada salmon terbukti berkesan dalam mengekalkan kelembapan, meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan lingkaran di bawah mata.
Sumber: Independent