berita

Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?

March 2nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

jep1

Beberapa minggu yang lalu, Datuk AC Mizal pernah dikaitkan bergaduh dengan seorang pelawak namun nama pelawak tersebut tidak disebut. Malah AC Mizal mengakui menganggap pelawak tersebut sebagai seorang adik dan tak ada sebab untuk bermasam muka.

Terbaru menerusi ruangan sebuah akhbar tempatan, Jep Sepahtu dikatakan iri hati dengan populariti yang dikecapi oleh AC Mizal. Laa kenapa pula ini?

Iri Hati Kerana Peminat?

jep

Menerusi ruangan Pancaindera semalam, Jep Sepahtu didakwa makan hati dengan peminat AC Mizal yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminatnya sendiri.

Malah kontroversi bermasam muka ini dikatakan bermula sejak program Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari.

Setahu kami Jep Sepahtu dan AC Mizal cukup profesional sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni. Isu makan hati dan cemburu ini seharusnya tidak timbul memandangkan kedua-dua mereka sudah cukup dikenali dan punyai peminat tersendiri.

Apa-apa pun harap kontroversi ini dapat diselesaikan secepat mungkin andai benar ada pertelingkahan antara mereka berdua. Kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih.

P/S : AC Mizal sibuk dengan pencarian DJ & Host PeaceYallFM, Jep taknak try?

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×