berita

Jep Sepahtu, Sari Yanti Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga. Tahniah!

May 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon cantik manis Sari Yanti iaitu isteri kepada pelawak Jep Sepahtu telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga iaitu bayi lelaki. Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Jep sendiri di laman Instagram.

Dapat baby boy

Menerusi posting yang dikongsi Jep, dia meluahkan rasa syukur di atas kelahiran puteranya itu serta mengucapkan terima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Subhanaallah, Alhamdulillah. Thank you sayang Sari Yanti. #babyboy #anakabah

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Nama dan wajah bayi lelaki itu bagaimanapun belum didedahkan lagi buat masa terdekat ini.

Sumber: Jep Sepahtu

SKIP THIS AD ×