Terdahulu, bekas penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad menyatakan rasa hormat terhadap 779 guru di Johor yang menolak vaksin.
Artikel berkaitan: ‘Cikgu Bukan Orang Bodoh Macam..’ – Suhaimi Saad Puji 779 Guru Tolak Vaksin Di Johor
Artikel berkaitan: ‘Aku Rela Mati Berbanding Membiarkan Agama Allah Dihina’ – Suhaimi Saad Kekal Pendirian Tolak Vaksin
Kenyataan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed yang memohon agar pihak polis menyiasat isu tersebut.
Jauh sangat dah ni…
Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau. Jauh sangat dah ni. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan. Jika tak nak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin. Hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian tu.
PU Syed menerusi kenyataannya menerusi posting di Instagram menyarankan agar bekas penyanyi nasyid itu mendapatkan rawatan seandainya kurang sihat. Dia juga menasihati agar Suhaimi Saad tidak menghasut orang lain sekiranya diri sendiri tidak mahu menerima suntikan vaksin tersebut.
View this post on Instagram
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru enggan divaksin, Jumaat ini.
Sumber: PU Syed