berita

Jiran Selalu Buat Bising Boleh Didakwa Jika Anda Buat Laporan Polis – PDRM

October 10th, 2018 | by Wan
Make-It-Senang

Hidup berjiran memang perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dari situ maka terciptalah satu kawasan kejiranan yang baik, positif dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Tapi yang tak best bila ada segelintir jiran yang jenis tak hormat jiran mereka yang lain. Nak buat apa-apa ikut suka je tanpa pedulikan keselesaan jiran lain. Antaranya membuat bising ,bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat dan banyak lagi. Jika korang berhadapan dengan situasi seperti ini, ketahuilah bahawa laporan polis boleh dibuat supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap mereka.

Laporkan kepada PDRM

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia, mereka yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Adakah anda tinggal di kediaman yang kurang menyenangkan akibat bunyi bising? Membuat bunyi bising yang keterlaluan adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah.

Jika anda mempunyai jiran yang selalu buat bising seperti bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat, memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam, anda boleh laporkan di balai polis berdekatan kawasan perumahan untuk tindakan pihak berkuasa. Sesiapa yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Jangan pula anda ambil tindakan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bunyi bising. Akhirnya anda pula didakwa atas kesalahan jenayah.

Kita sebagai rakyat Malaysia, sama-sama menjaga semangat kejiranan agar tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni-penghuni tempat kediaman.

Jadi ketahui hak anda sebagai seorang jiran. Sampai bila nak biarkan mereka buat bising? Puas dah tegur tapi masih tak faham bahasa jadi wajiblah buat laporan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

SKIP THIS AD ×