berita

Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Lelaki Tampal Nota ‘Untuk Dijual’.. Terus Dia Alih!

February 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Geram dengan tindakan jiran yang kerap meletakkan kenderaan di hadapan rumah, seorang lelaki bertindak meletakkan satu nota sehingga ‘menyedarkan’ pemilik kereta tersebut! Mungkin korang boleh cuba taktik ini!

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Geram Jiran Suka Sidai Baju Dekat Pagar Rumah, Buat Macam Pagar Sendiri!

Peringatan untuk jiran

Menerusi video pendek dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Farhana, tampil meluahkan rasa geram dengan sikap jirannya yang dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya dengan sesuka hati.

POV: Bila suami hang buat gila, geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang sesuka hati.

Sebagai pengajaran kepada jirannya, suami kepada wanita ini meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00. Bukan itu sahaja, pembeli turut mendapat ganjaran istimewa iaitu menerima pam racun secara percuma.

Untuk dijual RM800.00 percuma pam racun.

Taktik tersebut membuahkan hasil selepas jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan yang diambil dan ‘berpuas hati’ dengan taktik yang digunakan.

Kereta tak jadi jual, tuan tukar fikiran last minute.

Video penuh:

@queen_mekarsari88 bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg ? Pamela – Bots??

@queen_mekarsari88 Balas kepada @zuera37 ? Funny Song – Cavendish Music

Respon netizen

Sumber: Nur Farhana

SKIP THIS AD ×