berita

Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

January 10th, 2022 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Hidup berjiran memang memerlukan seseorang itu bersikap bertimbang rasa dan saling hormat-menghormati. Namun, terdapat senario di mana jiran bertindak sesuka hati di luar batasan, secara tidak langsung menyebabkan kedua-dua pihak bermasam muka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Geram Jiran Suka Sidai Baju Dekat Pagar Rumah, Buat Macam Pagar Sendiri!

Artikel Berkaitan: Biar Air Basuh Baju & Pinggan Mengalir Depan Rumah, Lelaki Ini Geram Dapat Jiran ‘Selfish’

Jiran buat hal?

Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Siti Zura Jamal tampil menceritakan kerenah jirannya yang melampau batas. Kisahnya bermula apabila wanita ini dan suaminya datang ke rumah mereka bagi membersihkan halaman setelah sekian lama ditinggalkan.

2022 masih lagi otak jiran sebelah ini tak berfungsi dengan baik.

Namun, apa yang menjadi persoalan apabila jirannya dipercayai meletakkan paip pendingin hawa di bahagian rumahnya dan menafikan melakukan perkara tersebut. Difahamkan paip tersebut mengeluarkan air setiap setiap kali pendingin hawa dibuka.

Kali ketiga guys. Dia letak semula ke tempat asal. Suami dah bengang sangat dah tu sebab dia tolak hempas je. Tak tau la nak kata apa dengan jiran sebelah ini. Tak betul ke apa yang kami buat tolak semula saluran paip aircond tu ke rumah dia.

Dah jumpa owner sebelah rumah itu dia kata dia tak tahu punya lama macam itu.

Minta jiran alihkan

Susulan daripada itu, wanita ini bertindak berjumpa dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak lagi berulang.

Lama saya ada depan rumah dia. Last-last saya pergi jumpa wife dan cakap elok-elok dia jawab tak tahu guys. Saya minta dia alihkan dan jangan tala ke rumah saya lagi saluran paip aircond itu.

Sumber: Siti Zura Jamal

SKIP THIS AD ×