Seorang wanita menerusi dua buah video di laman TikTok, tampil menceritakan ‘kerenah’ jirannya yang dikatakan suka sidai baju di pagar rumah orang lain. Video tersebut bagaimanapun, telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata wargamaya tertanya-tanya mengapa jirannya berbuat demikian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Geram Jiran Suka Sidai Baju Dekat Pagar Rumah, Buat Macam Pagar Sendiri!
Artikel Berkaitan: Biar Air Basuh Baju & Pinggan Mengalir Depan Rumah, Lelaki Ini Geram Dapat Jiran ‘Selfish’
Artikel Berkaitan: Pemilik Haiwan Boleh Didenda Tak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak, Kencing Di Rumah Jiran
Sidai baju rumah jiran
Ujar wanita ini, dia ‘terkejut’ sejurus pulang dari Lumut, Perak dan melihat pagar rumahnya dipenuhi dengan kain jemuran. Apa yang lebih mengejutkan, bukan rumahnya sahaja yang menjadi ‘mangsa’ malahan, rumah-rumah yang lain turut dijadikan tempat untuk menyidai pakaian.
Aduhai lah jiran! Balik-balik dari Lumut tengok rumah dah penuh dengan kain. Habis 3 rumah dia tumpang sidai kain. Tak pernah dibuat orang.
Tak tau nak marah ke nak gelak. Masalahnya ingatkan jiran sebelah. Rupanya jiran 4 buah rumah. Rumah dia dekat corner lot. Jauh betul dia sidai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan respon dan menjelaskan jirannya berbuat demikian bagi mengelakkan daripada rumah itu dimasuki pencuri.
Baju dia banyak gila dari rumah dia sampai 3 buah rumah dia tumpang
Video penuh:
@msriya.1 Tak tau nak marah ke nak gelak?? #fyp? ? bunyi asal – Riya Az
@msriya.1 Balas kepada @msriya.1 ? bunyi asal – Riya Az
Respon netizen
Sumber: MsRiya.1