Kecantikan pelakon Mira Filzah kerap kali menjadi perhatian kerana rupa parasnya yang dikatakan memenuhi kriteria rakyat Malaysia.
Begitulah kisahnya apabila hantaran terbaru pelakon jelita itu meraih perhatian netizen baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Sukar Percaya Orang Luar, Mira Filzah Lebih Rela Jaga Anak Sendiri 24 Jam
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Kekal Tenang & Fokus Kerja Walaupun Berjauhan Dengan Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Sedia Kongsi Populariti Dengan Anak
Cantiknya
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah majlis jenama terkenal di Johor.
Hantarannya itu meraih perhatian sehingga kebanyakan netizen menyamakan pelakon berusia 30 tahun itu dengan salah seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan, Jisoo Blackpink.
Difahamkan, Mira yang hadir pada majlis itu tidak mengupah MUA sebaliknya bersolek sendiri.
Dalam hantaran tersebut, Mira menggayakan busana berwarna hitam yang kelihatan menawan dengan ‘lipstick’ merah.
Jisoo Blackpink
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ itu yang hanya sederhana gayanya namun tetap ‘meletop’. Selain itu, terdapat segelintir netizen yang melabel Mira sebagai ‘kembar Jisoo’ kerana memakai jenama terkenal yang sama dengan penyanyi tersebut.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah