berita

Jodoh Main Kahwin-Kahwin 18 Tahun Lepas Jadi Kenyataan

December 18th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Admin percaya ramai dalam kalangan kita pernah bermain sanding olok-olok sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Perasaan malu pasti timbul apabila terkenang semula permainan sewaktu kecil dahulu.

Itulah yang dilalui pasangan pengantin ini, Amru Abdullah dan Nur Fazira Abd Rahaman tidak menyangka permainan sanding olok-olok itu menjadi realiti selepas 18 tahun.

Ramai tak sangka kami akan kahwin

Menurut laporan mStar, kedua sepupu ini tidak menyangka akan bertemu jodoh setelah 18 tahun zaman kanak-kanak mereka pernah bermain sanding olok-olok. Pasangan ini telah sah bernikah pada 1 Disember lalu dan juga tidak menduga hubungan mereka sampai ke alam perkahwinan yang sebenar.

Saya memang tak sangka gambar main kahwin-kahwin yang diambil sewaktu majlis perkahwinan saudara kami 18 tahun lalu di Shah Alam betul-betul terjadi kepada kami.

Itulah orang kata kalau dah jodoh takkan ke mana. Kami akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga hujung nyawa.

Ramai tak sangka kami akan kahwin. Ya lah masa tu kami masih budak-budak lagi. Waktu tu tak silap saya di Tahun Satu.

Saya pun tak kenal sangat isteri masa tu sebab kami jarang jumpa. Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala isteri di Terengganu. Lagipun kami sekeluarga jarang balik kampung di Terengganu.

Nak bercakap pun segan

Hubungan mereka kembali berpaut lima tahun yang lepas apabila Nur Fazira menerima tawaran di Maktab Perguruan dan dia bertanya kepada ibu bapa Amru “Ada kan anak yang masuk maktab perguruan?

Sejak dari itu, mereka saling berhubung bertanyakan mengenai urusan kerja melalui mesej dan mula rapat. Mereka mula bertentang mata selepas tiga bulan berhubung melalui mesej.

Kami berjumpa betul-betul tengok muka pada majlis kahwin sepupu kami di Kuala Terengganu. Itulah pertemuan pertama selepas beberapa bulan berhubung hanya melalui mesej. Waktu tu WhatsApp pun tak ada lagi. Jadi bila jumpa tu masing-masing malu, nak bercakap pun segan.

Dia miliki semua ciri-ciri wanita idaman saya… lemah-lembut, periang dan juga cantik orangnya. Saya pernah beritahu mak saya yang saya nak try dia. Tapi mak beritahu dia takkan suka saya dan tak disangka-sangka dia suka saya.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×