berita

Joe Flizzow Tak Sentap Dengan Malique

February 6th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

joodoh

Penyanyi rap, Joe Flizzow menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak berminat untuk menubuhnya kembali kumpulan Too Phat bersama rakannya, Malique.

Menurut Joe lagi, andai itu yang diinginkan oleh Malique, dia menghormati keputusan tersebut dan tidak mempunyai masalah dengan Malique seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

Bukan Sekadar Puaskan Hati Orang

mall

Tambah Joe, dia tidak mahu membuat sesuatu perkara secara terpaksa. Baginya bukan mudah untuk menubuhkan kembali Too Phat kerana ianya melibatkan ramai pihak.

Saya tidak boleh paksa Malique jika dia tidak mahu berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan perhatian penuh dan bukan sekadar untuk memuaskan hati orang lain.

Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.

Too Phat Takkan Terjadi

Harapan peminat tanah air untuk menyaksikan Too Phat kemabali mewarnai industri musik tanah air pastinya takkan terjadi. Hal ini dikuat lagi dengan kenyataan terbaru Joe sendiri.

Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu.

Buat masa ini saya tidak berminat untuk hidupkan semula Too Phat kerana kumpulan itu melibatkan dua individu.

Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.

Kami pasti jauh di sudut hati Joe bahawa dirinya rindu akan kenangan lalu semasa di era kegemilangan Too Phat. Lagu Apa Khabar sudah menceritakan segala – galanya.

Malique Minta Artikelnya Diturunkan

maa

Malique melalui PR Warner Music, Anne telah menghubungi pihak OHBULAN! meminta agar artikel mengenainya diturunkan atas sebab-sebab tertentu.

Kredit Berita : Mangga Online

SKIP THIS AD ×